Takut Labur Saham? Amalkan Tip Ini!

By | 2018-03-25T02:37:35+00:00 24th March 2018|Categories: SAHAM|Comments Off on Takut Labur Saham? Amalkan Tip Ini!

Masing-masing ada ceritanya tersendiri bila nak mula melabur dalam saham. Ada yang rugi, ada yang untung. Yang takut rugi, ada yang gunakan akaun demo, acah-acah labur saham guna ‘duit tipu’ tapi berdasarkan harga saham yang sebenar. Tak salah tapi masih tak boleh lawan emosi. Emosi ni yang penting untuk kita kawal bila melabur saham. Biarlah mula dengan sikit yang penting kita dapat didik emosi kita.

Untuk yang takut-takut tu, mungkin Trading Rule of 3 ni sangat berguna untuk anda.

Apa dia tu?

3 Aktiviti Utama

1. Forecasting

  • Kenalpasti trend sama ada uptrend (menaik) atau downtrend (menurun).
  • Dah kenalpasti, baru boleh tetapkan strategi sama ada go long atau go short. Kalau uptrend, gunalah strategi go long, kalau down trend boleh guna strategi go short.

2. Timing

  • Dah tahu trend, kena tahu timing untuk bila nak entry atau exit.

 

3. Money Management

  • Dah tahu trend, dah tahu entry, apa lagi mula melabur lah. Persoalannya, berapa banyak modal nak melabur?
  • Bahagikan modal anda kepada tiga kali entry. Untuk setiap entry, anda gunakan 1/3 modal anda.
  • Antara modal dan portfolio pula perlulah strategik dan seimbang antara risiko dan pulangan. Yang penting adalah diversification.

 

Diversification yang dicadangkan adalah :

  1. Bahagikan kepada 3 jenis aset :
    • Ekuiti
    • Money Market
    • Bond
  2. Bahagikan kepada 3 tahap risiko
    • Tinggi
    • Sederhana
    • Rendah
  3. Bahagikan kepada  3 sektor industri
    • sektor utama yang sedang mempunyai momentum yang baik
    • sektor evergreen
    • sektor yang sedang dalam pemulihan

 

Nisbah Reward : Risk

Jangan lupa untuk tetapkan tahap nisbah antara keuntungan dan risiko (Reward : Risk). Kita kena tetapkan target  berapa banyak nak untung dan berapa pula risiko yang boleh ditanggung.

Antara nisbah yang dicadangkan adalah 3:1. Contohnya anda beli pada harga RM1.00. Harga saham itu mungkin berpotensi untuk sampai sehingga RM1.30 dan ketika itu exit. Juga berpotensi untuk jatuh dan kalau jatuh, kita exit pada harga RM0.90.

 

3 Signal Teknikal Penting Dalam Buat Keputusan

  • Break Trendline
  • Break Support & Resistance
  • Break Retracement Level

Panjang pula bila nak cerita pasal teknikal. Kalau nak panduan lengkap untuk yang newbie pelaburan saham, daripada yang asas hinggalah kepada pemilihan kaunter saham menggunakan analisa fundamental dan asas teknikal, boleh rujuk ebook ni –>KLIK SINI!

combo-ebook-saham

Facebook Comments