Takaful Pelaburan, Untung atau Tidak?

By | 2018-02-03T20:57:52+00:00 3rd February 2018|Categories: TAKAFUL|Comments Off on Takaful Pelaburan, Untung atau Tidak?

Masih ramai yang beranggapan takaful pelaburan adalah tempat yang bagus untuk melabur. Mereka beranggapan ianya produk yang sangat menguntungkan kerana dijanjikan return sehingga 10%-15%.

 

Salah faham yang paling common sekali adalah, jika kita ambil takaful 3in1 (takaful pelaburan) kita akan dapat semula semua bayaran kita selama ini. Katakanlah kita bayar setahun RM1,200, maka bayaran selama 30 tahun adalah RM36,000. Agen takaful pula menjanjikan pelanggan akan dapat semula RM36,000 selepas 30 tahun.

 

Mesti anda biasa dengar ayat macam ni ” Bang, ambil je takaful ni, abang dapat medical card sekali dengan pelaburan. Jangan risau, duit abang tak burn pun, lepas 30 tahun ni dapat balik apa yang abang dah bayar”. Maka si pelanggan pun ambillah produk tersebut kerana beranggapan caruman bulanannya tidak burn. Betul ke?

 

Sebenarnya jika kita ambil takaful pelaburan(3in1), bayaran kita akan dipecahkan kepada dua bahagian. Satu bahagian pergi ke tabung tabaru’ manakala satu lagi pergi ke tabung pelaburan. Sebagai contoh kita bayar RM150 sebulan, RM50 masuk ke tabung pelaburan dan RM100 pula akan masuk ke tabung tabaru’.

 

Duit yang dicarum ke tabung tabaru’ kita tidak akan dapat balik. Untuk memahami lebih lanjut tentang konsep tabaru’, boleh baca artikel Pakdi disini. Duit bahagian mana yang kita boleh ambil semula? Yang kita boleh ambil semula adalah caruman yang dimasukkan ke dalam tabung pelaburan sahaja.

 

Lihat jadual di bawah, pelanggan membayar RM106 sebulan, setahun RM1,272, 10 tahun RM12,720. Kalau diikutkan yang biasa kita dengar, pelanggan berhak dapat RM12,720 jika berhenti mencarum pada tahun ke-10. Tapi berapa sahaja yang pelanggan dapat? Mengikut jadual pelanggan hanya dapat RM5,266 sahaja.

Selepas melihat jadual mulalah orang bising kata takaful penipu dan pembohong. Tenang dulu, jika faham konsep takaful, anda takkan menyalahkan sesiapa. Yang salah hanya penerangan agen sahaja. Kita ambil takaful sebagai perlindungan, bukannya pelaburan.

 

Jika nak melabur banyak lagi instrumen pelaburan lain yang mampu memberikan return yang lebih tinggi.

 

Berminat untuk review polisi takaful anda? Boleh hubungi saya di 017-6985933

Facebook Comments