Senak Bayar Personal Loan? Ini Sebabnya Yang Anda Perlu Tahu.

By | 2017-11-04T04:26:18+00:00 3rd November 2017|Categories: ALIRAN TUNAI, TIP KEWANGAN|Comments Off on Senak Bayar Personal Loan? Ini Sebabnya Yang Anda Perlu Tahu.

Pernah tak ada orang ajak invest dan suruh buat personal loan? Kalau pernah, 99% itu menjurus kepada scam. Tak kiralah tok lebai ka, adik beradik ka, saudara mara ka. Lari jauh-jauh, takut tersontot dihujung jalan. Melainkan loan tu khusus la untuk produk tu, macam ASBf dan hartanah.

Jom dengar tazkirah kewangan di hari Jumaat ini oleh syeikh Alwi Adam.

Okay buat yang dah terambil tu abam payungkan cara nak kira loan. Biar korang tengok sedap tak sedap.

Yer la nak masuk sekali (scam) kena 10k USD. Dalam RM45k. Fuhhh nak menyimpan 45k mana ada, dah la baru grad, baru kerja. Honda City pun tak habis bayar lagi.

 

1) Berapa bayar sebulan?

Senang jer. Berapa rate PL korang ambik? Rujuk gambar 1, rate Bank Rakyat.

Ada 2 kadar tu, biasanya Fixed Rate. Kalau Floating tu, boleh refer juga fixed rate and effective rate berapa.

Mula mula nampak macam 4.0%++ jer kan. Bila effective rate, memang merecik hawau. Haha.

 

2) Cara Kiraan.

Ok cara nak kira, first sekali buka apps Financial Calculator yang warna biru tu. Gi download dulu kalau tak ada. Kalau pakai Iphone nama dia EZ Financial Calculator.

Cis pakai Iphone. Aku pun pakai Android. Sorry iklan.

Ok kalau dah buka apps tu, cari dan tekan More Calculators, kemudian under kategori Loan and Mortgage tu, pilih Rule of 78 Calculator.

Kemudian kira macam dalam gambar. Pilih Annual Interest. 4.8% dalam contoh tu. Pakai Fixed Rate. Loan 10 tahun so 120 bulan.

 

Kemudian dapat berapa installment sebulan. RM555.

Banyak juga sontot ni. Nak bayar Honda city lagi RM900. Dah RM1455. Gaji baru 3k lebih. Pastu marah minyak naik, marah gomen. Ok sorry melalut.

Dah dapat bayaran bulanan ni, boleh untuk seterusnya.

 

3) Dekat Homepage Financial Calculator, pilih TVM Calculator.

Isikan macam ni.

Present Value = 45000 (duit korang dapat)

Payment = -555 ( ni bayaran bulanan, ada negatif tu tau, maknanya duit keluar)

Future Value = biar kosong jer takpe

Annual Interest Rate = menda ni kita nak cari. Nanti dah habis baru tekan button hijau tepi dia.

Period = 120 (bulan)

Compounding = Monthly

Haaaaa tu dia baru tekan Annual Interest rate. Dapatkan berapa. Jawapan dia 8.378%.

Wow rupanya fixed rate 4.8% rupanya jadi 8.378%. Baru tahu langit tinggi rendah.

Tapi jap bang ni pun baru Nominal Rate. Kena tukar effective.

 

4) Pergi More Calculators, select Effective Rate Calculator.

Letak 8.378%, dapat Effective rate 8.7073%

 

5) Loan Calculator

Kalau kau nak check balik, boleh guna Loan calculator. Dapat tak Rm555. Loan calculator yang ni untuk loan rumah, Asb yang dikira ikut Reducing Balance.

Senang tak kira? Kalau ada masalah boleh komen. SHARE SELALU.

Oh ya, Tuan AA nak bagi Cashflow & Networth Template PERCUMA! Kalau berminat, boleh isi maklumat anda untuk dimasukkan dalam waiting list kami. Siapa yang register je dapat, tak register, sorry to say. Sila daftar dalam borang dibawah ni ya.

Facebook Comments