Persediaan Kewangan Untuk Fresh Grad Yang Mula Bertugas Sebagai HO

By | 2018-03-21T12:43:30+00:00 21st March 2018|Categories: TIP KEWANGAN|Comments Off on Persediaan Kewangan Untuk Fresh Grad Yang Mula Bertugas Sebagai HO
Dulu tak macam sekarang. Bagi mereka yang memulakan kerjaya sebagai Doktor perlu peka dengan polisi sekarang iaitu anda perlu mula dengan contract basis. Baca post Fb yang ditulis oleh Dr Syed Alhafiz untuk tahu lebih lanjut.
.
.
Buat graduan perubatan yang akan mula bertugas sebagai HO. 

 Anggaran gaji pertama HO(tanpa elaun wilayah).

 Gaji pokok : RM 2777.98
 Elaun perumahan : RM 300
 Elaun khidmat awam : RM 300
 Elaun kritikal : RM 750
 Elaun sara hidup : RM 300
 Elaun fleksi : RM 600

Jumlah kasar .: ~ RM 5,027.98 (anggaran)

Gambar menunjukkan tahun kedua HO, gaji pokok bertambah RM225 setahun

Tolak kwsp 11% (~ RM 500 – ni pun dikira sebagai simpanan dan pelaburan) , tolak income tax/ zakat roughly GAJI BERSIH sekitar
= RM4300 (anggaran)

Apa yang perlu dibuat dengan duit ini ?

 PLAN AT LEAST 4 YEARS AHEAD !

Keadaan HO sekarang berbeza. Jawatan MO tetap tidak lagi secure.

2 tahun HO, 2 tahun sebagai MO kontrak, kemudian wait and see samada akan diserap
ke permenant post. (if current policy still remain unchanged).

So, you have at least 4 years to prepare financially, for the worst case scenario.

Saya tidak sentuh tentang bajet perbelanjaan, emergency fund, perlindungan pendapatan dan lain-lain di sini.

But,

HOW TO POSSIBLY CREATE ~ 70K IN 48 MONTH (4 years) ? 🤔

untuk gaji pertama,

  1. Berikan sejumlah wang hadiah buat parent ! ini wajib, tak kisah amount. Make your parent happy ! 😇ً
  2. Keluarkan 30% (~ RM 1300)dari gaji untuk “force saving” ke dalam instrument pelaburan (70% untuk lain-lain).

Modal : RM 1300
Bulanan : RM 1300
Potential annual return rate : 10 %

lepas 48 bulan (habis HO + 2 years contract MO)

 Total modal : RM 63,700.
 Jumlah pulangan : RM 15,211
 Jumpah wang keseluruhan RM 78,911.

Sekiranya apa apa berlaku (kita mohon perlindungan dari ditimpa keburukan), paling tidak anda mempunyai back up,

 ~ RM 78,911 (wang hasil pelaburan tadi)
 ~ RM 50,000 (wang EPF caruman anda + majikan) 👉 anda WAJIB carum EPF selagi jawatan tak tetap. (dan akaun 1 EPF juga punya potensi untuk digandakan).

paling tidak anda ada EXTRA RM 120,000 untuk recover inshaallah.

Semoga dipermudahkan urusan semua.

Post asal ditulis oleh Dr Syed Alhafiz

 

Memastikan kesihat kewangan kita sangat penting! Nak tahu lebih lanjut boleh KLIK SINI!

Facebook Comments