Bagaimana Pecahan Harta Pusaka Jika Si Suami Atau Ayah Kita Berpoligami?

By | 2017-10-01T14:56:39+00:00 29th July 2017|Categories: Uncategorized|Comments Off on Bagaimana Pecahan Harta Pusaka Jika Si Suami Atau Ayah Kita Berpoligami?

Soalan:
Adakah mak tiri saya yang baru setahun kahwin dengan ayah dapat harta pusaka ? Bagaimana pula dengan hak mak sebagai isteri pertama yang sudah 40 tahun berbakti kepada ayah ?

Soalan yg kerap ditanya oleh anak anak tetapi jarang difikir oleh si suami yg berpoligami

Jawapan :

1. HUKUM FARAID
Semua isteri berhak ke atas pusaka suaminya. Agihan faraidnya seperti berikut :
Jika simati ada anak dan:
Ada 1 isteri, hak isteri ialah 1/ 8 Ada 2 isteri, hak setiap isteri ialah 1/16 Ada 3 isteri, hak setiap isteri ialah 1/24 Ada 4 isteri, hak setiap isteri ialah 1/32
Jika si mati ada tidak meninggalkan anak dan:
Ada 1 isteri, hak isteri ialah 1/ 4 Ada 2 isteri, hak setiap isteri ialah 1/8 Ada 3 isteri, hak setiap isteri ialah 1/12 Ada 4 isteri, hak setiap isteri ialah 1/16

Maka tanpa mengira isteri ke berapa hak mereka adalah sama banyak. Tidak kira sudah berkhidmat 40 tahun, 20 tahun, ataupun baru sehari. Bahagian ini WAJIB diserahkan kepada isteri ( kecuali jika dia menolak ). Menafikan hak mereka adalah HARAM sama seperti menafikan hak waris faraid yg lain.

Anak anak dari isteri pertama selalu membuat kesilapan dengan mengandaikan mak tiri mereka tiada hak kerana mak mereka sbg isteri pertamalah yang paling banyak berkorban maka patut dapat paling banyak pusaka ayah berbnding isteri lain. Ramai anak yang bercerita kpd saya ayah mereka kena sihir / kena goda dgn mak tiri dll. Faktor faktor ini tidak diterima dlm penentuan faraid & pusaka.

Pahit untuk ditelan ? Ya !

Tetapi inilah hakikatnya & pasti ada hikmah Allah tetapkan faraid untuk isteri sedemikian rupa. Kita perlu yakin.

2. HARTA SEPENCARIAN
Walaupun begitu isteri pertama boleh menuntut harta sepencarian dari pusaka suaminya. Boleh juga menuntut apabila suami ingin berpoligami ( kalau dia tahu suami dia ingin berpoligami. Biasanya kalau suami nikah kat sempadan isteri prtama tidak tahu! )

Harta sepencarian ini dituntut bukan diberi automatik. Tuntutan dibuat di Mahkamah Syariah dengan perbicaraan akan menentukan berapa hak isteri yang menuntut berdasarkan takat sumbangan isteri. Proses menuntut juga ada kos yang perlu ditanggung.

Jika isteri pertama tadi berjaya dapatkan perintah harta sepencarian dari Mahkamah Syariah katakan 1/2 dari harta pusaka suami
Maka bahagian dia akan dapat lebih dari isteri isteri lain iaitu dia akan dapat:
1/2 dari harta pusaka ( berdasarkn perintah Mahkamah Syariah ) + 1/32 ( faraid isteri jika ada 4 isteri )

3. HIBAH
Sekiranya suami benar benar adil & tidak mahu masalah pusaka timbul selepas kematiannya maka suami boleh menggunakan kaedah hibah.

Suami boleh hibahkan rumahnya yg diduduki isteri pertama kepada isteri pertama , rumahnya yang diduduki isteri kedua kepada isteri kedua & seterusnya.

Rumah ialah antara isu besar yg kerap dibalahkan di kalangan madu. Membuat hibah kepada isteri isteri ini akan mengurangkan risiko perbalahan. Maka apabila hibah disahkan Mahkamah syariah , isteri isteri akan mendapat bahagian :

Isteri pertama :
Hibah + Harta sepencarian + 1/32 Faraid.

Isteri kedua – keempat :
Hibah + 1/32 faraid.

Bukankah cantik & adil agihan harta ini ? Ilmu Fiqh Mawarith perlu dilihat secara holistik bukan dari sudut pandang yg rigid. Undang undang syarak ada penyelesaian bagi hampir setiap maslahah cuma kita sahaja yang kerap terlepas pandang.
Namun pengalaman saya menunjukkan bahawa suami yg berpoligamilah yg paling susah nak buat keputusan perancangan harta sedangkan merekalah yg paling berisiko.

KESIMPULAN :

1. Suami yang berpoligami perlu bijaksana & bijaksini. Semasa dia masih hidup mungkin isteri isterinya akan berdamai tetapi selepas kematiannya 90 % kebarangkalian perbalahan harta akan berlaku.

2. Penggunaan Hibah & harta sepencarian adalah peruntukan mengikut Undang Undang Syarak yang melengkapkan hukum faraid. Ia BUKAN PENGGANTI FARAID seperti ilustrasi di atas.

3. Hak setiap isteri perlu diberikan berdasarkan faraid. Tiada apa apa alasan boleh menidakkan hak mereka.

BARULAH JADI PUSAKA BUKAN PUAKA.

Dipetik daripada Ariffin Sabirin, CEO/Pengasas Wassiyah Shoppe

Facebook Comments