THE SOPHISTICATED INVESTOR (TSI)

Kami adalah sekumpulan Penasihat Kewangan berlesen yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Pihak kami menawarkan perkhidmatan dan produk kewangan berlandaskan undang-undang Syariah. Adalah menjadi matlamat kami untuk memastikan pelanggan kami mempunyai wakil penasihat kewangan peribadi yang komprehensif dan mempunyai pengetahuan yang menyeluruh bagi merancang dan membuat keputusan terbaik untuk masa depan kewangan yang selesa dan mencukupi. Di TSI, kami akan berusaha sebaik mungkin demi kepuasan pelanggan. Kami ikhlas membantu dan melindungi pelanggan secara profesional dan tidak berat sebelah, dan pada masa yang sama mempersiapkan diri pelanggan untuk mengatasi keadaan ekonomi yang tidak terduga sehingga berjaya mencapai matlamat kewangan.

VISI

Menjadi kumpulan penasihat kewangan patuh syariah yang terkemuka di serantau Asia

MISI

  • Tumpuan kami adalah untuk meningkatkan kualiti hidup dengan menyediakan perkhidmatan perancangan kewangan yang berlandaskan Syariah.
  • Matlamat utama kami adalah menyampaikan perkhidmatan khidmat nasihat kewangan yang terbaik, tidak berat sebelah, dan telus kepada semua pelanggan & rakan kongsi kami.
  • Nilai kami adalah untuk memastikan profesionalisma dan kepatuhan pada garis panduan pada setiap masa.