Kenapa Nak Bersara Umur 62 Sedangkan Boleh Bersara Awal? Ini Caranya.

By | 2018-03-13T12:24:00+00:00 13th March 2018|Categories: TIP KEWANGAN|Comments Off on Kenapa Nak Bersara Umur 62 Sedangkan Boleh Bersara Awal? Ini Caranya.

Kecoh juga bila CUEPACS nak cadangkan untuk lanjutkan usia persaraan daripada umur 60 tahun ke 62 tahun. Untuk pengetahuan anda, dah tiga kali had umur persaraan awam ni dilanjutkan.

  • 2001 : daripada 55 tahun ke 56 tahun
  • 2008 : daripada 56 tahun ke 58 tahun
  • 2012 : daripada 58 tahun ke 60 tahun

Apa kes sebenarnya CUEPACS nak lanjutkan had umur persaraan ni? Katanya sebab atas dasar situasi ekonomi negara yang tidak menentu dan sebagai persediaan kearah negara maju.

Untuk penjawat awam, anda kini boleh ada pilihan untuk bersara awal. Ini syarat-syaratnya.

 

Boleh mula kira-kira berapa gratuiti/ganjaran yang boleh anda dapat.

 

Ini pula cara kira untuk tukar cuti rehat yang tak terguna kepada duit!

 

Ini pula pengiraan untuk pencen setiap bulan.

Sumber : Fb Budiman Idris

Kalau malas nak kira, boleh KLIK SINI untuk pengiraan secara auto, tapi ni anggaran sahaja.

 

Nanti! Jangan gopoh nak bersara awal sangat. Anda rasa cukup ke nak bersara dengan gratuiti dan pencen banyak tu?

Jom kita kira dengan ambil kes seperti dalam gambar kat atas ni.

  • Gaji akhir : RM3,400 sebulan
  • Tempoh akhir perkhidmatan : 320 bulan (26 tahun 6 bulan)
  • Umur sekarang : ambil contoh dia mula bekerja umur 24, sekarang sudah berumur lebih kurang 50 tahun.
  • Gratuiti/ganjaran : RM81,507
  • Gantian cuti rehat : RM19,070
  • Pencen bulanan : RM1,811

Kita ambil purata umur meninggal, 75 tahun.

Untuk kekalkan gaya hidup dengan gaji RM3,400 tu sampai umur 75. Selepas tolak pencen bulanan, si penjawat awam tu perlukan lagi RM1,589.

Mana nak dapat RM1,589 secara pasif? Tak kan nak kerja lagi kan?

Nak mudah kira, RM1,600 sebulan, RM19,200 setahun.

 

Si penjawat awam ni kena ada RM320,000 semasa bersara dengan ambil kira kadar inflasi 4% (contoh) dan duit tu WAJIB habis bila umur 75 atau secara kasarnya WAJIB mati bila umur 75 sebab kiraan ni adalah kiraan duit yang memang habis bila umur 75. Ini yang kita katakan Capital Liquidation Method.

Macam mana nak kumpul RM320,000?

Sepatutnya 27 tahun yang lalu, dia kena simpan sebanyak RM410 dalam instrumen yang boleh beri pulangan 6%.

 

 

Cuba simpan dalam instrumen pelaburan yang boleh beri pulangan 10%, hanya perlu simpan RM210 setiap bulan untuk 27 tahun yang lalu.

 

 

Sebagai penjawat awam, bergantung 100% pada pencen dan gratuiti sahaja tidak cukup. Kalau ada simpanan ni daripada awal ni, boleh anda guna gratuiti tu untuk reward yourself. 

Ada ke instrumen yang boleh beri pulangan 10% setahun?

Dalam Malaysia ni ada lebih 600 dana, dan inilah kelebihan yang saya ada untuk analyze dana mana yang sangat bagus untuk anda. Semuanya ada fakta.

Artikel ini ditulis oleh Zuhair Masiran.

 

Facebook Comments