Site Loader
Temujanji
fb.com/tsiwealthplanners
fb.com/tsiwealthplanners

Bank Negara telah meluluskan 4 syarikat dalam satu unit yang dipantau iaitu Financial Technology Enabler Group (FTEG). Ini secara tak langsung menunjukkan negara kita serius dan seiring dengan perkembangan Financial Technology (fintech).

4 syarikat berikut adalah GoBear Ltd dan GetCover Sdn Bhd yang bertindak sebagai medium perunding kewangan dan insurance aggregators. Manakala lagi dua adalah WorldRemit Ltd dan MoneyMatch Sdn Bhd yang bertindak sebagai money changer.

Ada banyak lagi fintech startup. Fintech startup adalah bisnes yang fokus kepada kewangan dan ia boleh diklasifikasikan seperti berikut :

  • payment (digital wallets, cryptocurrencies)
  • financing (crowdfunding, peer-to-peer lending)
  • investments (robo advisers, social trading)
  • insurance (insuretech, social insurance)
  • infrastructures (trading platform, currency feeds)

Tak perlu pergi jauh-jauh, tengok sahaja dalam Malaysia ni. Kebanyakan bank tutup cawangan bukan sebab ekonomi meleset macam orang gembur-gemburkan tu. Kalau dulu kita nak masukkan duit, nak transfer duit, semua tu kena pergi bank. Sekarang semua boleh online. Hujung tahun 2015, BSN telah memperkenalkan Virtual Teller Machine. Tak perlu nak tunggu orang sambut kita, pergi ke mesin ni, selesaikan urusan anda sepantas kilat. Dengan ini, bank dapat kurangkan kos dan tingkatkan kualiti kerja. Secara tak langsung akan tingkatkan revenue syarikat.

Seiring dengan blueprint yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia, kita juga ke arah cashless system. Semua boleh debit sahaja. Itu juga adalah salah satu inisiatif ke arah sana. Maka, tak hairanlah hari tu kecoh pasal Bitcoin dan sebagainya. Masa depan nanti, nak tak nak kita akan gunakan sistem blockchain iaitu lejar digital. Segala duit kita keluar dan masuk akan direkod dalam sistem.

Antara kebaikannya adalah dapat mengurangkan jenayah kolar putih seperti rasuah, tingkatkan transparency. Keburukannya, akan menimbulkan jenayah digital seperti hack pula. Yang pastinya, pihak bertanggungjawab akan kaji perkara ini dengan terperinci dan tak mustahil kita akan ke arah sana juga.

Sumber : TheEdge Market

Alang-alang cakap pasal blueprint BNM, sektor takaful/insuran pun akan berlaku rombakan di mana semua operator takaful perlu membuka laluan atau memberi akses kepada perunding kewangan. Secara tak langsung akan menjadikan perunding kewangan sebagai one stop solution untuk produk-produk kewangan yang ada dalam pasaran. Harapannya dapat meningkat market penetration khususnya takaful yang masih rendah peratusannya. Antara usaha yang boleh kita lihat sekarang ni adalah langgan produk takaful secara online atau ada medium e-takaful, renew roadtax dan insuran kenderaan pun boleh online. Tidak terhad kepada takaful/insuran, instrumen-instrumen kewangan seperti pelaburan unit trust pun sudah ada platform online. Dulu nak beli saham, kena call broker. Sekarang online je, nak trading melalui apps pun boleh.

Liberalisasi sektor kewangan hari ini telah memaksa perunding-perunding yang berkaitan untuk meningkatkan tahap professional masing-masing supaya relevan untuk masa akan datang. Contohnya, perunding kewangan. Walaupun akan ada robo adviser atau aggregator takaful, masyarakat masih memerlukan nasihat secara holistik dan personal. Disinilah perunding kewangan memainkan peranan mereka.

Daripada kita gaduh atau menidakkan perkembangan yang sedang berkembang pesat ini, adalah lebih baik kita bersama-sama menyahut seruan BNM dan secara tidak langsung kita menyumbang untuk memajukan negara kita yang tercinta ini.

Facebook Comments

Post Author: Zuhair Masiran