Site Loader
Temujanji
fb.com/tsiwealthplanners
fb.com/tsiwealthplanners

Tempoh hari, The Edge telah keluarkan senarai dana-dana amanah saham yang memenangi The Thomson Reuters Lipper Fund Award. Fuh, siapa menang award ni memang power. Binatang apa Thomson Reuters ni? Asalnya adalah Reuters, sebuah badan bebas internasional yang memberikan info berita berkaitan ekonomi, saham dan kewangan. Kemudian, pada 17 April 2008, syarikat Thomson membeli Reuters maka terbentuklah Thomson Reuters. Ta da….. Tapi itu bukan fokus saya, saya ada benda lebih menarik untuk kita kaitkan bersama.

Persoalannya, adakah kita nak melabur berdasarkan pingat yang diperoleh?

Saya bukanlah menafikan kepakaran pihak yang menawarkan pingat ni. Siapalah saya insan yang kerdil ini. Sengaja saya ketengahkan isu ini alang-alang tengah panas.

Pernah dengar ‘Past performance doesn’t indicate future performance’?

Ok, jadi award ni mesti berdasarkan prestasi yang dah lepas kan? Ye arrr, tak kan orang bagi hadiah benda yang tak dicapai lagi. Sebenarnya ada faktor lain yang boleh kita ambil kira selain pencapaian yang telah diperolehi. Pencapaian atau prestasi yang lalu boleh dijadikan salah satu indikator untuk kita pilih dana mana yang terbaik untuk dilabur. Ada faktor lain yang perlu diambil kira juga.

Bukan apa, saya cuma ingin berkongsi pengalaman seorang client saya yang invest kerana ejennya kata menang award. Bila saya tolong semakkan, memang pernah menang award, tapi itu 10 tahun yang lalu. Sekarang dana lain yang mengungguli carta dan masih tidak untung-untung.

Sebab tu saya pilih platform yang saya gunakan iaitu Phillip Mutual Berhad. Syarikat ini menawarkan pelbagai dana daripada pelbagai syarikat. Ye lah, bila saya buat analisa pun, top 2 dana pun daripada syarikat yang berbeza. Contoh sekarang Eastpring Dana Al-Ilham sedang top, 5 tahun akan datang kita tak tahu. Apa exit plan kita? Dengan adanya platform Single-License Investment ni, saya bebas untuk pilih dana yang terbaik pada ketika itu.

Yang paling penting adalah kita tahu kemana duit kita pergi, itulah asasnya dalam pengurusan duit. Kata lain, kita tahu dana apa kita labur dan bagaimana prestasi dana kita.

Facebook Comments

Post Author: TSI Editor