Site Loader
Temujanji
fb.com/tsiwealthplanners
fb.com/tsiwealthplanners

Ramai di antara kita yang tengah berkira-kira untuk bersara pada usia 55 atau 60 tahun. Meneliti semula persediaan persaraan, ia memerlukan anda untuk mengubah tingkah laku dalam perbelanjaan dan simpanan.

Adakah wang yang disimpan untuk tujuan persaraan atau pencen mencukupi untuk menampung tahap kualiti kehidupan yang diinginkan, ditambah pula dengan peningkatan kos perubatan serta sara hidup?. Kadangkala kita terlalu yakin wang caruman persaraan yang diterima selepas bersara, mencukupi untuk menampung kehidupan harian sepanjang tempoh persaraan.

Perlu diingat, keperluan setiap individu itu boleh jadi berbeza-beza. Ada orang yang mungkin memerlukan duit untuk menyara kehidupannya sendiri sahaja, ada juga yang perlu menampung perbelanjaan anak-anak dibawah tanggungannya yang masih belajar, ada juga yang memerlukan duit untuk menampung kos perbelanjaan rawatan hospital, ada juga yang perlu membayar hutang yang masih berbaki, dan ada juga selepas bersara ingin melancong ke sana sini.

Infografik dibawah menunjukkan penerangan secara ringkas tentang pentingnya merancang persaraan. Perlukah anda kerja lagi selepas bersara? Adakah anda turut mahu tergolong dalam peratusan pesara tersebut kelak?

Menyedari hal ini, keselesaan di hari persaraan bermula dengan perancangan kewangan yang betul dan holistik dari sekarang. Sama ada bercadang bersara pada usia 55 tahun atau lebih awal lagi, apa yang penting adalah perancangan kewangan yang teliti yang dapat menjamin kehidupan yang memuaskan dan bebas segala hutang setelah bersara. Rancanglah pelan persaraan bermula dari hari pertama bekerja. Urus kewangan dengan bijak ketika bekerja dan terus mengurusnya dengan betul selepas bersara.

Facebook Comments

Post Author: TSI Editor