5 Nasihat Pelabur Tersohor Dunia

By | 2017-10-01T14:57:26+00:00 24th July 2017|Categories: TIP KEWANGAN|Comments Off on 5 Nasihat Pelabur Tersohor Dunia

Warren buffet merupakan pelabur no 1 dunia. Beliau merupakan orang kedua terkaya di dunia dengan nilai kekayaan USD 75billion. Mari kita baca dan praktiskan 5 nasihat pelabur tersohor ini kepada golongan muda.

 

Nasihat Pelabur Tersohor #1 : Melabur Dalam Diri Sendiri Terlebih Dahulu

Ye, sebelum and mula melabur dalam apa-apa instrumen sekalipun, pelaburan terbaik bermula dengan pelaburan untuk diri kita dahulu. Persiapkan diri dengan ‘skill’ dan ilmu pengetahuan. Dengan kewujudan internet, kita boleh belajar apa sahaja bidang tanpa perlu keluar rumah dan dengan kos yang rendah sahaja.

Nasihat Pelabur Tersohor #2 : Hapuskan ‘habit’ jahat anda segera

Apakah ‘habit’ jahat yang kita ada? Mungkin salah satunya adalah berbelanja diluar kemampuan. Bak kata pepatah, ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’. Katakan kita terus menerus berbelanja secara boros, kemungkinan tinggi diri kita akan dibebani dengan hutang yang menggunung. Adalah lebih mudah untuk kita hapuskan ‘habit’ ini terlebih dahulu sebelum ia kekal dengan diri kita.

Nasihat Pelabur Tersohor #3 : Cari mentor

Kebanyakan kita pasti ada ‘role model’ mereka sendiri. Tapi apa yang lebih adalah kita perlu mempunyai mentor sendiri. Cari apa minat kita dan carilah mereka yang pakar dalam bidang tersebut untuk dijadikan mentor. Mentor mampu mempercepatkan proses pembelajaran dan kita mampu mengelak kesilapan yang pernah dilakukan mentor kita.

Nasihat Pelabur Tersohor #4 : Buat perkara yang anda suka

Cari perkara yang kita minat dalam hidup dan jika kita melakukannya setiap hari kita tidak akan merasa bosan. Cuba jadikan perkara tersebut sebagai sumber pendapatan. Kita boleh mula sebagai part time terlebih dahulu.

Nasihat Pelabur Tersohor #5 :Elakkan kad kredit

 

Ini perkara serius, kad kredit merupakan salah satu punca utama bankrap bagi golongan muda. Jangan jadikan diri kita hamba hutang semata untuk memuaskan nafsu semata. Belajar untuk berbelanja secara tunai sahaja. Kalau kita tidak mampu beli secara tunai, bermakna kita masih belum mampu memiliki barangan tersebut.

 

Artikel disediakan oleh Mohd Kauthar

Facebook Comments