5 Fakta Pendapatan Isi Rumah Yang Anda Kena Tahu

By | 2017-10-12T07:14:42+00:00 12th October 2017|Categories: TIP KEWANGAN|Comments Off on 5 Fakta Pendapatan Isi Rumah Yang Anda Kena Tahu

1. Pendapatan Isi Rumah Meningkat

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Dr Mohd Uzir Mahidin, pendapatan isi rumah penengah (baca : median) dan purata, masing-masing meningkat 6.6% dan 6.2% berbanding pada tahun 2014.

Walaubagaimanapun, menurut beliau, pertumbuhan itu bergerak pada kadar sederhana kerana prestasi ekonomi yang lebih rendah berbanding 2014.

 

2. Kumpulan Isi Rumah

Secara keseluruhannya, pendapatan isi rumah bulanan purata bagi setiap kumpulan, masing-masing meningkat pada 2016 daripada 2014. Bagi mereka yang berada dalam kelas M40 ke atas, boleh siap sedia untuk merancang serta manfaatkan pengecualian cukai memandangkan kita sudah hampir ke penghujung 2017.

Bagi yang berada dalam kelas B40, kenalah atur strategi untuk tingkatkan pendapatan agar tergolong dalam kelas M40 dan ke atas, biar kita tergolong dalam kategori pembayar zakat pendapatan yang terbanyak dan layak membayar cukai.

 

3. Pekali GINI Menurun

Pekali GINI adalah indikator untuk ukur tahap ketidaksamaan agihan pendapatan dalam masyarakat. Semakin nilainya menghampiri sifar, semakin bagus. Contoh, nilainya sifar = setiap individu mempunyai pendapatan yang sama. Pekali GINI menurun kepada 0.399% pada 2016 berbanding pada 2014 iaitu 0.401%.

 

4. Nisbah Kemiskinan Menurun

Insiden kemiskinan secara umumnya mencatat penurunan daripada 0.6% pada 2014 kepada 0.4% pada 2016. Nisbah ketidaksamaan pendapatan antara bandar dan luar bandar juga ada sedikit peningkatan.

 

5. Perbelanjaan Penggunaan Isi Rumah Meningkat

Secara umumnya, rakyat Malaysia membelanjakan secara purata RM4,033 setiap bulan berbanding pada 2014 iaitu RM3,578 setiap bulan.

Peratusan perbelanjaan secara kasarnya adalah 70% daripada pendapatan dimana ia realisitik secara purata. Yang rasa belanja lebih daripada 70% gaji anda tu, mungkin boleh asingkan siap-siap 30% tu, 10% untuk takaful, 10% untuk simpanan, lagi 10% boleh sedekah atau infaq. Terpulang pada diri masing-masing.

 

Secara kesimpulannya, dengan fakta dan angka-angka ni, harap dapat memberikan gambaran kasar di mana situasi sebenar kita sekarang ini dan susun semula strategi pengurusan kewangan kita. Bukan apa, takkanlah kita nak terus hidup dalam takuk yang lama, pasang azam dan tekad untuk tambah baik kehidupan kita. Secara tak langsung, ekonomi kita pun turut mendapat kesan positif disamping inflasi yang kian meningkat.

 

Sumber : Utusan Online

Facebook Comments