Site Loader
Temujanji
fb.com/tsiwealthplanners
fb.com/tsiwealthplanners

Bagi seorang pelabur yang baru, anda kena biasakan trading platform anda. Anda boleh pelbagaikan trading platform anda dan saya cadangkan untuk anda buka akaun RHB sebab features nya lain sikit dan lebih dipermudahkan. Contohnya platform tu dah siap ada garisan Resistance dan Support.

Seterusnya, jom kita lihat beberapa kriteria.

Transaction Volume

Kriteria yang pertama adalah Transaction Volume. Ia menunjukkan saham yang paling banyak didagangkan pada waktu itu dan itu merupakan saham yang aktif.

Dengan senarai volume paling aktif ini, anda dapat senarai saham yang panas di pasaran. Anda boleh pilih beberapa dalam senarai volume ini dan lakukan sedikit kajian latar belakang syarikat dan aktiviti syarikat, dan jika memuaskan, anda boleh letakkan ke dalam watchlist anda.

Top Gainer (%)

Kriteria kedua pula ialah Top Gainer % (Percentage). Ia menunjukkan saham yang meningkat harga dengan tinggi pada hari tersebut. Penting juga untuk kita mendapat berapakah peratus kenaikan pada hari tersebut untuk menandakan sesuatu berlaku pada saham itu dan mungkin ia baik untuk dimasukkan ke dalam watchlist.
Anda boleh lihat kenaikan dalam satu hari boleh menjangkau 150% untuk warrant dan 20-30% untuk saham biasa.

Kebiasaannya untuk Top Volume dan Top Gainers % (Percentage) adalah saham saham murah yang mungkin berisiko tinggi. Jika anda ingin lihat kaunter blue chip dan stabil, anda perlu tukar kepada Top Gainers.

Di sini kita boleh melihat kenaikan dalam sen. Walaupun kenaikan peratusnya sikit, tapi kenaikan sen yang sikit pun sudah dianggap tinggi. Saham ini mahal kerana syarikatnya bagus dan kukuh.

Buying On Weakness

Kriteria ketiga yang boleh kita gunakan adalah Buying On Weakness. Fungsi ini boleh digunakan dalam platform Excelforce seperti BIMB online dan Malacca Securities. Fungsi Buying on Weakness adalah saham yang sedang mengalami penurunan tetapi kemasukan demand pembelian ie money flow yang positif. Saham ini turun tetapi money inflow tinggi menandakan banyak pembelian dilakukan walaupun harga turun. Ini boleh juga dijadikan indicator yang baik untuk sesuatu saham naik semula. Rujuk rajah di bawah.

Biasanya saham dalam kategori ini adalah saham yang sedang dalam uptrend, atau trend menaik dan ia sedang jatuh mungkin disebabkan sentiment atau pengambilan untung sementara. Jadi kita boleh mengambil peluang ini untuk memilih saham yang berpotensi ini untuk dimasukkan ke dalam senarai watchlist kita.

Facebook Comments

Post Author: TSI Editor