3 Strategi Pengurusan Hutang Yang Membuatkan Hidup Anda Tenang

By | 2017-10-10T16:15:06+00:00 4th October 2017|Categories: TIP KEWANGAN|Comments Off on 3 Strategi Pengurusan Hutang Yang Membuatkan Hidup Anda Tenang

Menanggung hutang ni, memang menyesakkan dada. Betul tak?. Masa berbelanja bukan main seronok, tapi masa nak membayarnya mulalah rasa terbeban terutamanya dalam keadaan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Tunggu! Jangan rasa tertekan dulu. Hutang ni boleh diselesaikan selagimana kita ada kesungguhan untuk menyelesaikannya. Namun, kesungguhan itu mestilah bermula dengan perancangan dan penetapan matlamat. Barulah semangat dan jelas matlamat nak bebas hutang.

Okay, hari ini kita belajar 3 strategi untuk mengurus hutang. Tapi sebelum tu, senaraikan dahulu semua hutang yang ada. Rujuk contoh Jadual Pembayaran Hutang.

 

Strategi pertama adalah ‘Debt Consolidation’

Caranya adalah dengan menghapuskan semua baki hutang yang ada. Bagaimana?

  1. Menggunakan apa sahaja sumber yang ada seperti simpanan dalam tabung haji, atau meminjam daripada saudara.
  2. Mencairkan aset yang ada.
  3. Jika anda memiliki rumah, anda boleh menggunakan EPF akaun 2 untuk membayar pinjaman perumahan manakala duit gaji yang digunakan untuk membayar rumah boleh digunakan untuk melangsaikan hutang-hutang yang ada.
  4. Jika anda sudah memiliki sebuah rumah dan harganya telah meningkat naik, anda boleh buat ‘refinance’ dan selesaikan semua hutang yang ada.
  5. Buat pinjaman peribadi untuk melangsaikan kesemua hutang.

 

Strategi kedua adalah ‘Debt Snowball’.

Caranya adalah dengan menyelesaikan hutang yang paling rendah dahulu. Sebelum tu, lihat kembali kepada aliran tunai dan cuba ‘cut’ mana-mana ‘expenses’. Sebagai contoh, anda mendapat duit lebihan RM300. RM300 ini disebut sebagai snowball.

Mengikut contoh jadual pembayaran dibawah, hutang yang paling rendah adalah hutang Perabot CM. Tambahkan lebihan RM300 tadi untuk membayar hutang Perabot CM. Ini menjadikan jumlah bayaran bulanan Perabot CM adalah RM800.

 

Hutang ‘Perabot CM’

Bayaran bulanan: RM800

Baki bayaran: RM5000

Baki tempoh pembayaran: RM5000/RM800 = 6.25, bersamaan 6 bulan lebih.

 

Hutang Kad Kredit

Selepas lebih kurang 7 bulan, kita ada aliran tunai sebanyak RM 800. Lihat pula kepada hutang kedua terendah iaitu hutang kad kredit.

Bayaran bulanan asal untuk hutang kad kredit adalah RM500. Tambahkan RM800 lebihan tunai tadi menjadikan bayaran bulanan kad kredit sebanyak RM1300.

Bayaran Bulanan: RM1300

Baki bayaran: RM 10000

Baki tempoh bayaran: RM10000/RM1300 = 7.7, bersamaan lebih kurang 8 bulan.

Begitulah seterusnya untuk menyelesaikan hutang-hutang yang lain. Tidak bermakna setelah menyelesaikan sesuatu hutang, kita boleh menggunakan duit lebihan itu untuk bersuka ria. Selesaikan dulu kesemua hutang, baru hidup aman tenteram.

 

Strategi terakhir adalah ‘Debt Averlanche’

Yang ini konsepnya sama macam SNOWBALL cuma yang ni kita fokus kat hutang yang interest paling tinggi contohnya personal loan. Bila dapat selesaikan loan yang paling tinggi interestnya, anda akan perasan tiba2 cashflow anda positif gila!

 

Ingat satu hadis Nabi Muhammad S.A.W,

Baginda bersabda yang bermaksud, ” Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesngguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.

Pasti ramai yang membaca artikel ini mempunyai banyak persoalan berkenaan strategi pengurusan hutang ini. Hmm..memang susah kalau nak belajar tanpa guru ni. Jomla join kelas Financial Freedom Blueprint Reloaded. Bukan sekadar pengurusan hutang yang kita akan belajar, bahkan lebih banyak lagi! Termasuklah pengurusan cukai, perancangan persaraan, pengurusan harta pusaka dan lain-lain. Memang berbaloi!.

Facebook Comments