3 Penyelesaian Holistik Urus Harta Bercagar

By | 2018-02-02T11:19:17+00:00 2nd February 2018|Categories: TIP KEWANGAN|Comments Off on 3 Penyelesaian Holistik Urus Harta Bercagar

Anda ada dilema untuk urus pengurusan harta yang masih bercagar? Mungkin post daripada Puan Irda ini dapat bantu anda dalam menyelesaikan masalah ini.

Tempoh pinjaman perumahan sangat panjang, sampai lebih 30 tahun pun boleh. Memang normal BR / BFR / BLR akan turun atau naik sepanjang tempoh pinjaman. Tetapi MRTA / MRTT makin menurun seperti namanya, Mortgage REDUCING Term Assurance (MRTA) atau Mortgage REDUCING Term Takaful (MRTT).

Untuk pinjaman perumahan yang berdasarkan floating rate (maksudnya yang BR/BFR/BLR + spread %), boleh jadi MRTA / MRTT tidak dapat melangsaikan hutang rumah sepenuhnya setelah berlaku kematian kepada peminjam. Mungkin ada baki yang masih tinggal untuk dilangsaikan.

Bergantung pada kes, ada yang dapat lebihan dari MRTA/MRTT, ada yang ngam-ngam cukup-cukup saja, ada yang kurang dan tak dapat cover hutang rumah sepenuhnya.

Oleh itu, perlunya sediakan dana express didalam akaun-akaun yang berpenama seperti KWSP, Tabung Haji atau Takaful supaya waris boleh gunakan dana express tersebut untuk langsaikan baki hutang yang tinggal dengan segera.

Tetapi, pastikan penama sudah berumur lebih 18 tahun, yang boleh dipercayai dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab.

Jikalau rumah tersebut ingin dihibahkan semasa hidup, maka biasanya disertakan sekali ‘undertaking’ atau persetujuan dari penerima hibah untuk melangsaikan baki hutang aset yang dihibahkan (sekiranya masih ada baki setelah ditolak MRTA/MRTT kelak).

Satu lagi cara lain ialah boleh juga ambil Takaful hayat atau orang sebut-sebut sebagai MLTT (Mortgage Level Term Takaful).

Takaful hayat ini tidak menurun dan nilai jaminan pampasannya kekal sama walaupun baki hutang makin menurun. Asalkan terus bayar sumbangan Takafulnya supaya sijil tidak terbatal. Disiplin pemegang sijil amatlah penting dalam soal pembayaran sumbangan takaful ini. Jika tidak, lebih baik ambil MRTA / MRTT tadi.

Tetapi, bagaimana nak pastikan benefisiari betul-betul menggunakan pampasan Takaful hayat tadi tu untuk melangsaikan hutang rumah?

Setakat yang saya tahu, ada 3 kaedah boleh digunapakai untuk mengatasi kerisauan ini :

1. Cagar (“pledge”) Sijil Takaful kepada bank. Jika ada lebihan pampasan Takaful, barulah bank akan bayar baki pampasannya kepada waris. Ada bank yang menerima kaedah ini.

2. Assign / serah-hak Sijil Takaful kepada bank melalui Deed of Absolute Assignment. Jika ada lebihan pampasan Takaful, bank akan bayar kepada waris.

3. Melalui dokumen yang menggabungkan hibah-amanah-Takaful. Ini adalah produk hybrid (melalui dokumen) yang diperkenalkan oleh Syarikat-Syarikat yang menyediakan perkhidmatan perancangan harta pusaka.

Ada Syarikat yang namakan produk ini sebagai PRI-TI, ada yang namakan iPINT, ada yang namakan Hibah Amanah Takaful.

Apa-apa pun, ianya untuk membolehkan wang pampasan Takaful digunakan bagi pelbagai tujuan dan terkawal setelah kematian pemilik sijil.

Semuanya mengikut struktur arahan yang dibuat oleh pemilik sijil Takaful…. sama ada untuk tujuan pelangsaian hutang, sebagai dana untuk urus pusaka, dana bulanan untuk saraan keluarga, atau dana ‘lump-sum’ untuk kegunaan tertentu tidak kira oleh waris, bukan waris mahupun institusi yang dinamakan. Sehinggalah pampasan itu selesai dibahagikan, atau hingga pampasan itu habis atau hingga tamat tempoh amanah.

Client saya yang baru signed-up Takaful RM 1 juta dengan saya beberapa hari lepas, memilih kaedah No.3 diatas untuk melangsaikan hutang rumah, menampung kos urus pusaka dan sara hidup anak isteri setelah ketiadaannya. Katanya, kaedah begini lebih mudah untuk isteri dan anak-anaknya.

Lepas permohonan Takaful nya lulus, InshaaAllah saya akan uruskan pula dokumen untuk kaedah No.3 diatas dengan Syarikat yang client pilih.

Tak semestinya kena Takaful RM 1 juta, kurang daripada tu pun boleh.

Ada juga client saya guna Takaful RM300,000 untuk kaedah ketiga tu pun boleh.

Artikel ditulis oleh Puan Irda Rina

Facebook Comments