3 Mitos Pelaburan

By | 2017-10-10T23:52:48+00:00 8th October 2017|Categories: TIP KEWANGAN|Comments Off on 3 Mitos Pelaburan

Apakah dia 3 mitos pelaburan yang sering kita dengari?

PELABURAN SUSAH DAN MERUMITKAN

Mesti korang rasa pelaburan ni susah, banyak benda nak kena faham. Tapi korang kena tahu sebenarnya pelaburan ni takdela susah mana pun.

Sesetengah pelaburan mungkin memerlukan ilmu teknikal seperti saham, flipping hartanah dan emas. Tetapi korang boleh mula dengan pelaburan yang lebih straightforward seperti ASB,AHB,ETF dan Unit Amanah. Belajar 1 jam pun dah boleh faham.

Korang boleh tingkatkan skill pelaburan dari semasa ke semasa, tetapi alasan susah dan rumit tidak sesuai kerana korang boleh bermula dengan instrumen yg mudah dahulu. Makin lama nanti makin korang pandai la dalam pelaburan, tapi kalau tak mula, sampai bila pun korang takkan pandai.

 

PELABURAN TERLAMPAU BANYAK RISIKO

Pelaburan itu berisiko kalau korang takde ilmu. Kebiasaanya orang menyangkakan pelaburan ni berisiko kerana dengar dari mulut orang je. Mesti korang biasa dengar ayat kat bawah ni.

‘Tahun depan market crash wei, taknak la aku invest’

‘Eh, haritu aku dengar property market dah nak bubble, tunggu dia murah nanti aku beli’

‘kawan aku cakap melabur saham ni asyik rugi je’

Hakikatnya, kalau korang nak tahu, bagi pelaburan jangka masa panjang(>10 tahun), kemungkinan untuk rugi adalah rendah.

Lainlah kalau korang beli rumah terus nak flip, beli saham harini esok nak untung 50%. Memang tak dapat la macam tu.

 

PELABURAN MEMERLUKAN MODAL YANG BESAR

Sebenarnya mulakan pelaburan, korang tak perlu modal yang besar pun, itu hanya alasan untuk korang tak melabur.

Meh nak tunjuk sikit contoh pelaburan tak guna modal yang besar.

 

Hartanah

kalau beli hartanah undercon, ada RM1,000 pun dah cukup untuk booking,rebate pun ada.

Kalau sub-sale pulak, korang tak perlu keluarkan modal jika dapat beli below market value.

 

Saham

Nak buka CDS akaun hanya RM10.60. Pembelian saham pertama pula boleh beli serendah RM50 satu lot.

 

Unit trust : Boleh bermula serendah RM100 sebulan

 

AHB : Pembukaan akaun RM100

 

ASB : Pembukaan akaun RM10

Jadi, korang tak boleh bagi alasan yang sama lagi. Jangan jadikan mitos mitos pelaburan ni sebagai penghalang untuk korang merancang masa depan korang. Korang boleh cari 1001 alasan untuk terus kekal dengan comfort zone korang atau korang boleh mula harini jugak.

Facebook Comments