3 Kos Tersembunyi Memiliki Kereta

By | 2018-02-01T20:20:01+00:00 1st February 2018|Categories: TIP KEWANGAN|Comments Off on 3 Kos Tersembunyi Memiliki Kereta

3 KOS TERSEMBUNYI MEMILIKI KERETA

 

Apabila kita mahu membeli kereta, bukan kos ansuran bulanan sahaja yang perlu diambil kira, ada banyak lagi kos lain yang sering diabaikan. Katakanlah kita beli sebuah kereta dengan bayaran RM500 sebulan. Adakah setiap bulan kita akan mengeluarkan RM500 sahaja untuk kereta atau lebih lagi? Teruskan pembacaan anda untuk mengetahu kos kereta yang lain.

 

1. Roadtax dan Takaful kereta

Untuk kereta baru, Myvi contohnya, takaful dan road tax sahaja sudah mencecah sehingga RM1,000-RM1,500 setahun. Katakan kita ambil purata RM1,200. Bahagi 12 bulan kita dapat RM100 sebulan. Jadi sekarang kita dah tanggung sebanyak RM600 sebulan untuk kereta kita.

 

2. Kos Maintenance

Biasanya maintenance untuk kereta baru adalah minyak hitam dan tayar. Minyak hitam perlu ditukar setiap 3 atau 4 bulan bergantung kepada penggunaan.Tayar pula perlu ditukar setiap 2 tahun.

Untuk minyak hitam, harga sebotol lebih kurang RM80-RM150. Tayar pula lebih kurang RM700-RM1000 untuk 4 biji.

Jadi kos minyak hitam jatuh dalam RM25 sebulan dan kos tayar pula dalam RM30 sebulan. So kos maintenance kereta adalah RM55 sebulan.

Jadi sekarang anda spend lebih kurang RM655 sebulan untuk kereta.

 

3. Kos Minyak,Tol & Parking

Kos ini pula bergantung kepada kekerapan pengunaan kereta. Untuk minyak, bagi normal usage, lebih kurang RM200-RM300 sebulan. Normal usage ni jika guna hanya untuk pergi dan balik kerja.

Untuk tol pula, bergantung kepada tempat tinggal. Macam saya paling minima dalam RM50 sebulan. Kalau di klang valley pula sudah pasti lagi lebih tinggi berbanding kawasan luar bandar.

Untuk parking, kalau bawa pergi kerja minimum RM5 sehari. Kalau tak bawa letak sahaja RM50 sebulan on average.

Jika kita campur kos minyak dan tol,paling minima pun hampir RM300 sebulan. Jadi kos kesulurhan sebulan untuk sebuah kereta adalah RM955.

Bayangkan la kalau gaji hanya RM2,000. Tolak semua kos ni tinggal RM1,045 sahaja baki. Belum lagi meraka yang pakai kereta import, make up kereta dan lain lain.

Facebook Comments