3 Ciri Pelabur Berjaya

3 Ciri Pelabur Berjaya

Apakah dia ciri ciri pelabur berjaya? Adakah anda mempunyai ciri ciri tersebut? Jom baca artikel ini supaya kita dapat menjadi seperti pelabur berjaya yang lain.

Ciri Pelabur Berjaya #1 : Mempunyai disiplin yang tinggi

Dua perkara penting dalam pelaburan adalah skill dan juga modal. Untuk mengumpul modal pelaburan kita haruslah bermula dengan menyimpan terlebih dahulu.

Pelaburan adalah proses mengembangkan duit, bukannya proses mencipta duit. Jadi, mahu atau tidak, terpaksa atau rela kita perlu ada modal untuk memulakan pelaburan.

Modal ini boleh datang daripada kerja hakiki mahupun bisnes. Kalau kita tidak boleh konsisten untuk menyimpan, hentikanlah dahulu niat untuk melabur.

 

Ciri Pelabur Berjaya #2 : Tidak mengharapkan pulangan setinggi bulan dan bintang

Memang benar dalam pelaburan anda mungkin boleh buat untung sehingga 100% setahun. Tapi berapa kerap anda boleh dapat untung setinggi itu?

Expected return pelabur berjaya lebih realistik. Mereka tahu dalam pelaburan ini, ada turun dan naiknya. Sekiranya anda dapat beat return ASB atau Tabung Haji sebagai permulaan, itupun sudah cukup bagus

Pelabur tersohor dunia pun tidak mampu buat untung konsisten 30% setiap tahun tanpa gagal, inikan kita yang baru mula belajar bertatih dalam dunia pelaburan.

 

Ciri Pelabur Berjaya #3 : Mempunyai ‘diversified portfolio’

Dalam pelaburan, kita tidak boleh tertumpu dalam satu instrumen pelaburan sahaja. Banyak instrumen pelaburan yang ada seperti saham, sukuk, emas dan hartanah.

Kenapa kita perlu diversify pelaburan? Supaya risiko kita menjadi lebih rendah. Jika pelaburan kita tertumpu dalam satu tempat sahaja, kita akan rugi teruk jika pelaburan tersebut jatuh mendadak.

Ada masanya saham tengah naik, maka berpusu-pusu orang nak melabur saham. Tapi bila saham mula jatuh, masing masing jadi takut untuk melabur saham. Jangan jadi seperti kambing yang mengikut sahaja rakannya pergi ke mana, pastikan kita tahu apa yang kita buat apabila melabur.

 

Jadi, adakah anda mempunyai ciri ciri pelabur berjaya di atas? Jika belum ada, mari sama-sama kita aplikasikan ciri ciri tersebut dalam diri kita untuk menjadi salah seorang pelabur berjaya.

Ditulis oleh Mohd Kauthar.

Facebook Comments
Back To Top