10 PERKARA ANDA PERLU TAHU SEBELUM AMBIL TAKAFUL

By | 2017-10-01T14:51:13+00:00 14th March 2017|Categories: TAKAFUL|Comments Off on 10 PERKARA ANDA PERLU TAHU SEBELUM AMBIL TAKAFUL

LIHAT CASHFLOW ANDA

Sebelum ambil plan takaful, pastikan anda telah mengagihkan gaji anda dengan baik terlebih dahulu

Formulanya,

10% – Takaful
10% – Tabung Kecemasan
40% – Pelaburan
40% – Perbelajaan bulanan

Ikuti formula ini terlebih dahulu,

Banyak saya jumpa, gaji besar RM5000, komitmen pun dekat RM5000, nak ambil takaful RM100 pun berat hati sebab duit hujung bulan pun cukup cukup.

Oleh itu, cantikkan cashflow dulu, carannya kurangkan perbelanjaan bulanan, kurangkan kos yang tidak perlu.

APA BEZA LIFE DAN MEDICAL CARD? MANA YANG PATUT ANDA AMBIL

Takaful ada dua plan utama

1. Life ( Takaful Keluarga)

2. Medical card ( Kad Perubatan)

Plan Life lebih berfokus kepada INCOME REPLACEMENT ( Ganti gaji kita) jika ada apa apa yang berlaku kepada kita.

Pertama, Pampasan Kematian/ Cacat Kekal.

Ramai orang menyangka pampasan Meninggal/ Cacat Kekal tidak penting tapi inilah yang paling penting. Sakit belum tentu tapi mati itu pasti.

Jika ada yang bergantung dengan anda
Jika ada perut yang lapar jika anda tidak balik rumah dari kerja hari ini
Jika ada hutang yang belum dilangsaikan
Ada komitmen bulanan yang dikongsi bersama pasangan

ANDA PERLU PAMPASAN KEMATIAN/CACAT KEKAL

Kenapa?

Bayangkan anda bergaji RM2000
Pasangan anda pula bergaji RM1800
Total RM3800

Namun, komitmen bulanan anda dekat RM3000 sebulan. Apa akan berlaku jika salah seorang pergi? Tak cukup bukan?

Sudahlah hilang orang tersayang, duit bulanan pula tidak mencukupi. Tambah lagi si suami yang bekerja, isteri pula suri rumah sepenuh masa. Ini lagi hukumnya wajib untuk plan takaful. Jadi anda perlu ambil plan Life untuk lindungi diri anda dan keluarga anda.

Ramai orang plan untuk melancong, berkahwin, plan benda benda yang happy, tapi lupa untuk plan benda yang pasti. Silalah ambil plan ini.

Namun, soalannya sekarang, berapa anda perlukan? Ada banyak mazhab untuk mengirannya. Namun saya suka cara Capital Protected Method. Baca di bahagian seterusnya.

BERAPA PAMPASAN MENINGGAL/TPD DIPERLUKAN OLEH ANDA

Selalunya, jumlah pampasan meninggal yang ada kebanyakan pemegang polisi takaful ialah RM25K- RM50K. Tahukah anda? Anda berada di kalangan golongan under insured. Maksudnya, ambil takaful, tapi tidak mencukupi pampasan meninggal/ Penyakit Kritikal/ dan TPD.

Bagaimana nak kira berapa pampasan meninggal yang anda perlukan?

Kiraan paling mudah

  1. Ambil jumlah expenses bulanan anda kalikan 12Anda dapat total expenses tahunan anda RM3000× 12 bulan= RM36,000.

2. Bahagikan jumlah tersebut dengan 6℅

RM36,000÷ 6℅= RM600,000

Dapat jumlahnya tambah lagi total expenses tahunan anda

RM600,000+ RM36,000= RM636,000

Kenapa anda perlukan sebanyak ini? Duit inilah yang waris anda akan laburkan di istrumen yang beri return secara kasar 6℅. Contoh Tabung Haji/ ASB, RM600,000 ini akan laburkan dalam TH. Cukup setahun, anda dapat dividen secara kasar RM36,000. RM36,000 bahagi 12 dapat RM3000 setiap bulan

Sekarang dapat ganti expenses bulanan anda?

Inilah plan INCOME REPLACEMENT. Walaupun anda sudah tiada, suami atau isteri, mahupun anak anak anda yang telah ditinggalkan tidak terbeban kerana anda sudah memberi wang yang secukupnya kepada mereka terus hidup. Jadi jika anda pampasan masih 30K ke 50K, cepat cepatlah tambah polisi lain 30K bayar hutang pun dah habis dah. Jangan anda sudah ke taman taman syurga, waris anda berada di ‘neraka’ menanggung hutang anda.

APA ITU PAMPASAN PENYAKIT KRITIKAL

Ramai orang tak sedar apabila seseorang ditimpa penyakit kritikal perkara pertama mereka akan hilang ialah pekerjaan kerana dah tak fit macam dulu. Tak kira anda kakitangan kerajaan atau swasta anda perlukan ini

Sebab apa?

Saya ada melihat dengan mata saya sendiri nurse kerajaan terkena kanser. Medical leave selama 2 tahun kemudian cuti tanpa gaji. Bayangkan tanpa gaji, dahlah kos ubat tinggi. Waktu inilah lagi perlu duit tapi waktu ini pula kena buang kerja. Jadi, di sinilah pampasan penyakit kritikal sangat diperlukan, dapat meringakan sedikit beban keluarga.

WAIVER/ CONTRIBUTOR

Di sini part yang quite penting. Jika anda didiagnose cacat kekal, atau terkena salah satu penyakit kritikal, anda tak perlu lagi membayar plan takaful yang sebelum ini anda bayar setiap bulan. Jadi plan ini sangat membantu sebab anda lebih memerlukan wang untuk rawatan. Saya pernah jumpa seorang client, ambil plan 1 juta pampasan meninggal dengan caruman RM600 sebulan. Tapi tiada waiver. Bayangkan, jika beliau kena penyakit kritikal, hilang kerja. Tapi masih kena bayar RM600 sebulan. Kan sangat membebankan. Oleh itu, tolong ambil.

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG MEDICAL CARD

Medical card sekarang telah menjadi kemestian, tidak kira anda kakitangan kerajaan atau tidak ada beberapa treatment yang tidak dibiayai oleh kerajaan. Itu belum masuk perancangan kerajaan ingin meswastakan keseluruhan perkhidmatan hospital. Ya, maksudnya selepas ini tiada lagi caj hanya RM1-RM2 apabila pergi ke hospital. Antara hospital terawal yang mengubah polisi ialah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Tapi tak mengapa, perkara ini mungkin dimplementasi sepenuhnya 3-10 tahun lagi, anda masih ada masa.

Kita kembali ke tajuk, medical card fungsinya untuk membayar bil rawatan anda apabila anda masuk hospital.

Tahukah anda?

Kos rawatan di hospital sangat mahal. Jika anda bukan anak raja, bukan billionaire, bukan pemilik hospital, ambillah medical card. Lihatlah berapa orang bankrap disebabkan hutang rawatan di hospital. Mengikut kajian, hampir 60% orang bankrap hutang kad kredit ialah kerana ingin membiayai kos hospital.

CO TAKAFUL ATAU FULL COVERAGE

Jika medical card anda ambil co takaful/ smartsaver, anda perlu membiayai dengan sedikit duit anda apabila masuk ke hospital. Jumlah banyak atau sikit bergantung kepada plan syarikat anda ambil. Jika plan medical card anda full coverage, jika anda dimasukkan hospital, anda akan dilindungi sepenuhnya oleh pihak takaful.

BERAPA TAHUN TEMPOH PERLINDUNGAN

Ini yang paling penting. Ada yang polisi saya tolong reviewkan, saya lihat pampasan meninggal/TPD sudah tinggi tapi lindungi sehingga 55 tahun atau hingga 60 tahun sahaja. Iya, ada yang berpendapat waktu itu kita sudah bersara, dan mungkin caruman bulanan pada waktu agak mahal, tanggungjawab dan hutang pun sudah tiada. Oleh itu, tidak perlu lagi plan income protection/ replacement.

Namun apabila saya membandingkan dengan takaful lain, ada plan yang harga lebih murah malah lindungi hingga 80 tahun atau 100 tahun. Oleh itu, ia atas pilihan anda nak yang plan yang mana.

JUMLAH CASH VALUE ANDA

Berapa jumlah simpanan dalam takaful anda? Jawapannya?

Maha maha sedikit, hehe

Ya, sangat sikit. Sebab apa? Sebab tujuan takaful ialah perlindungan. Jika kita simpan RM100 saja sebulan, pampasan meninggal/TPD dalam RM300K-500K. Tapi cuba lihat cash value apabila menyumbang dalam takaful? Sikit saja.

Contoh dah simpan 10K dalam takaful, cash value barangkali hanya 900-1K saja. Kenapa?

Selebihnya anda sedekahkan kepada orang lain, bantu orang lain yang ditimpa kesusahan.

Senang cerita, takaful ialah cara paling baik untuk mengumpul SAHAM AKHIRAT, pahala sedekah ni berterusan.

Nak simpanan banyak? Simpan di ASB/Tabung Haji/Unit Amanah.

Contoh jika anda menyimpan RM300 dalam Unit Amanah yang beri annualised return 10% setiap tahun, duit anda akan beranak menjadi 21K dalam masa 5 tahun. Ok la kan?

BANDINGKAN SEBELUM AMBIL PLAN TAKAFUL!

Sebelum ambil, sila bandingkan sebut harga dari setiap plan syarikat takaful yang ada di Malaysia. Tapi jangan terlalu lama. Saya cadangkan, jumpalah Financial Advisor(FAR) yang berlesen terus dengan Bank Negara.

Mereka boleh membuat perbandingan apple to apple kesemua plan takaful di Malaysia. Yup, mereka tolong bandingkan untuk anda

Tahukah anda?

Agen takaful ada hampir 70,000 ribu orang

Agen unit Amanah ada hamper 70,000 ribu orang

Di Malaysia, FAR hanya ada dalam 500-600 sahaja

Mereka bukan akan beri provide plan takaful, tapi mereka juga layak untuk membuat plan kewangan dari A-Z. Dari pengurusan hutang, perancangan pelaburan, plan persaraan dan tabung pendidikan anak hinggalah ke pergurusan harta pusaka

 

Facebook Comments